Rabu, 10 Julai 2013

Makanan Tiruan II

          Salam sejahtera pengunjung blog "Semuanya Di Tangan Kita" sekalian. Kalam ini dicoret bagi meneruskan perbincangan mengenai makanan tiruan. Kali ini, saya ingin berbincang mengenai kategori makanan tiruan yang kedua, iaitu pewarna, perisa dan penstabil makanan yang ditambah ke makanan untuk menjamin ketahanan produk tersebut.


     Pelbagai pewarna dan perisa tiruan diguna dalam industri makanan untuk tujuan ketahanan makanan tersebut.

            Lazimnya, penstabil makanan ditambah agar makanan dapat tahan lebih lama dan tidak menjadi basi dalam hanya beberapa hari. Manakala, perisa tiruan atau pewarna tiruan pula ditambah dengan tujuan untuk meningkatkan nilai estetika makanan agar menjadi lebih menarik.

Namun begitu, makanan tiruan yang ditambah dengan dos yang tinggi ini akan mendatangkan kesan yang buruk kepada para pengguna kelak.  Perkara ini dibuktikan apabila banyak kes telahpun dilaporkan berikutan penggunaan pewarna tiruan dalam makanan.


Baru-baru ini, terdapat beberapa kes yang dilaporkan mengenai pewarna teh tiruan. Pewarna teh tiruan ini ternyata mampu merosakkan organ dalaman manusia seperti hati. Penggunaan kimia sintetik yang berbahaya dalam pembuatan pewarna itu tidak mampu di hadam oleh sistem badan kita.





Pewarna Tiruan



Pewarna tiruan ditambah kepada produk makanan bagi memberikan warna yang diingini kepada makanan tersebut. Sesetengah pewarna tiruan tidak medatangkan mudarat kepada pengguna, malah lebih baik digunakan sebagai alternatif kepada pewarna asli. Tetapi terdapat sesetengah  pewarna yang diperbuat daripada derivatif tar. Hal ini dapat mengundang asma, sakit kepala, alahan dan sebagainya kepada pengguna.


Perisa Tiruan


Salah satu peri tiruan yang tidak asing lagi dalam kehidupan seharian kita ialah Monosodium Glutamate (MSG). Perisa tiruan ini ditambah bagi menambah lagi keenakan pada makanan yang dimasak. Namun negitu, ramai diantara kita yang masih tidah tahu risiko kesihatan akibat penggunaan MSG dalam makanan. Pengambilan MSG akan mengakibatkan risiko darah tinggi.



Pemanis Tiruan 


Pemanis tiruan atau dikenali sebagai "natural sweetener" juga menjadi elemen tambahan kepada makanan bagi memberikan rasa manis kepada produk makanan tersebut. Antara pemanis tiruan yang terdapat dipasaran ialah Acesulfame-K , Sac-charine dan Sucralose. Pengambilan pemanis tiruan akan memberi impak negatif ke atas sistem metabolisme para pengguna, malah terdapat juga kemungkinan untuk risiko kanser, halusinasi dan alahan.


Secara konklusinya, kita telah dapat melihat bahawa makanan tiruan yang terdiri daripada perisa, pewarna  dan pemanis membawa kesan yang baik jika digunakan dalam kuantiti yang ditetapkan, namun jika kuantitinya melebihi dos yang sepatutnya, para pengguna akan menerima akibatnya. Bukan itu sahaja, saya ingin menyimpulkan bahawa bahan yang digunakan untuk membuat makanan tiruan ini turut mempengaruhi kesan kepada para pengguna, jika bahan yang digunakan adalah sumber semulajadi, maka kesannya tidaklah sebegitu buruk, tetapi jika bahan sintetik digunakan semata-mata, makanan tiruan ini akan membawa pelbagai impak negatif kepada para pengguna.

Sekian. 


Sumber gambar: Imej Google

4 ulasan:

  1. artikel yang sgt berinformasi..... walaupun makanan tiruan ini ditambah untuk menjamin ketahanan makanan, tetapi, perlulah mengikut kadarnye.... thnx a lot for sharing...

    BalasPadam
  2. sebelum ini,saya tidak pernah mengetahui perkara ini....terima kasih kepada admin kerana berkongsi maklumat ini.....

    BalasPadam
  3. artikel sgt berinformasi.....good try!

    BalasPadam
  4. sangat berguna..berinformasi... sebagaimana barangan ini dicipta sebagai perasa tambahan, jika berlebihan, tetap akan memudaratkan kita

    BalasPadam