Jumaat, 14 Jun 2013

Artikel akhbar I - MStar

KPDNKK Rampas 126 Unit Telefon Bimbit Tiruan, Tahan Tujuh Orang Di Alor Setar
ALOR SETAR: Bahagian Penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah merampas 126 unit telefon bimbit tiruan pelbagai jenama bernilai kira-kira RM65,000 dalam satu operasi di sini malam Khamis.
Ketua Seksyen Penguatkuasa KPDNKK Kedah Ahmad Shukri Ash'ari berkata pihaknya turut menahan tujuh orang yang berusia antara 20 dan 25 tahun termasuk seorang wanita, dalam operasi kira-kira pukul 7 malam di kawasan letak kereta Jalan Tunku Ibrahim itu.
"Siasatan awal mendapati sindiket yang beribu pejabat di Kuala Lumpur itu mempromosikan jualan bagi tempoh masa yang singkat dan sentiasa beralih lokasi," katanya kepada pemberita, di sini, Jumaat.
Beliau berkata sindiket itu menggunakan modus operandi dengan menjual telefon bimbit termasuk Blackberry dan iPhone kepada pelanggan dengan harga yang murah menerusi potongan harga yang besar.
"Mereka memberitahu pelanggan barangan tersebut adalan tulen dan dijual dengan harga antara RM500 hingga RM1,000, selain potongan harga yang besar untuk menarik orang ramai," katanya.
Beliau seterusnya menasihatkan orang ramai agar berhati-hati membeli telefon bimbit khususnya ketika karnival jualan kerana lazimnya peniaga akan mengambil kesempatan untuk menjual telefon tiruan. - BERNAMA

Penularan Telefon Bimbit Tiruan

Salam sejahtera kepada para pembaca!

Kali ini, saya ingin berkongsi mengenai satu lagi sindiket yang sangat berkait rapat dengan isu barangan tiruan, iaitu sindiket penularan telefon bimbit tiruan.

                                                           Sumber: Imej Google

                        Gambar di atas menunjukkan telefon bimbit tiruan yang berjaya dirampas oleh pihak berkuasa.

Oleh itu, saya akan berkongsi dengan para pembaca beberapa artikel akhbar yang mungkin kita  tidak sedari. Bukan itu sahaja, saya juga akan mengulas sedikit sebanyak mengenai isu ini.

Saya akhiri kalam ini dengan ucapan terima kasih atas kesudian para pembaca membaca entri yang saya muat naik ke blog ini.

Sekian.

Isnin, 10 Jun 2013

Kosmetik Tiruan dan Pengguna


AKIBAT TERLALU OBSES AKAN KECANTIKAN


Mutakhir ini, terdapat segelintir masyarakat yang mengejar kecantikan dan keanggunan sehingga tergamak menggunakan jalan alternatif yang mampu memberi impak negatif terhadap hidup mereka. Kaedah tersebut tidak lagi asing dari norma masyarakat kita - produk kosmetik tiruan!

Walaupun didedahkan dan diberi info mengenai kesan sampingan barangan kosmetik, namun terdapat sebilangan kecil yang masih tidak betah dan menggunakan produk kosmetik tanpa was-was. 

Buat pengetahuan semua, penggunaan barangan kosmetik tiruan mampu menjadi pembunuh senyap jika digunakan secara berterusan. Perkara ini turut terbukti dengan pernyataan yang dikeluarkan oleh Pakar Perunding Kulit, Dr. Ko Chung Ben, yang menekankan penggunaan campuran kimia yang sangan bertoksik dalam barangan kosmetik tiruan, yang dapat menjejaskan sistem saraf manusia serta melumpuhkan organ dalaman.


     Sumber: Imej Google diatas menggunakan penggunaan  campuran kimia yang sangat berbahaya dalam minyak wangi.


Selain itu, pengguna barangan kosmetik tiruan juga dapat memberi kesan yang sangat buruk terhadap sel otak pengguna, dan seterusnya membawa ke tahap yang lebih serius seperti penyakit Alzheimer dalam jangka masa yang panjang. Tambahan pula, terdapat banyak kes yang turut dilaporkan berkaitan kes penyakit berikutan penggunaan barangan tiruan, menyebabkan para pengguna harus lebih berwaspada.



Dari perspektif yang lain, penggunaan kosmetik tiruan bukan hanya membahayakan kesihatan, tetapi turut mengakibatkan kerugian wang yang besar. Walaupun pengguna beranggapan bahawa barangan ini boleh dibeli dengan harga yang sangat murah, tetapi apabila ditimpa malapetaka, bayangkanlah betapa banyak wang ringgit yang harus kita belanjakan untuk merawat kita. Bukankah ini suatu pembaziran yang sangat besar?

Oleh itu, saya berharap perkongsian kali ini mampu membuka mata para pengguna yang masih belum sedar akan bahaya barangan kosmetik tiruan.

Gambar-gambar yang berkaitan dengan kesan penggunaan barangan kosmetik tiruan:

Sumber: GoogleImages
Penyakit Alzheimer
Wajah yang berubah menjadi buruk
Gadis yang muda kelihatan tua pada usia 25 tahun