Rabu, 10 Julai 2013

Makanan Tiruan II

          Salam sejahtera pengunjung blog "Semuanya Di Tangan Kita" sekalian. Kalam ini dicoret bagi meneruskan perbincangan mengenai makanan tiruan. Kali ini, saya ingin berbincang mengenai kategori makanan tiruan yang kedua, iaitu pewarna, perisa dan penstabil makanan yang ditambah ke makanan untuk menjamin ketahanan produk tersebut.


     Pelbagai pewarna dan perisa tiruan diguna dalam industri makanan untuk tujuan ketahanan makanan tersebut.

            Lazimnya, penstabil makanan ditambah agar makanan dapat tahan lebih lama dan tidak menjadi basi dalam hanya beberapa hari. Manakala, perisa tiruan atau pewarna tiruan pula ditambah dengan tujuan untuk meningkatkan nilai estetika makanan agar menjadi lebih menarik.

Namun begitu, makanan tiruan yang ditambah dengan dos yang tinggi ini akan mendatangkan kesan yang buruk kepada para pengguna kelak.  Perkara ini dibuktikan apabila banyak kes telahpun dilaporkan berikutan penggunaan pewarna tiruan dalam makanan.


Baru-baru ini, terdapat beberapa kes yang dilaporkan mengenai pewarna teh tiruan. Pewarna teh tiruan ini ternyata mampu merosakkan organ dalaman manusia seperti hati. Penggunaan kimia sintetik yang berbahaya dalam pembuatan pewarna itu tidak mampu di hadam oleh sistem badan kita.





Pewarna Tiruan



Pewarna tiruan ditambah kepada produk makanan bagi memberikan warna yang diingini kepada makanan tersebut. Sesetengah pewarna tiruan tidak medatangkan mudarat kepada pengguna, malah lebih baik digunakan sebagai alternatif kepada pewarna asli. Tetapi terdapat sesetengah  pewarna yang diperbuat daripada derivatif tar. Hal ini dapat mengundang asma, sakit kepala, alahan dan sebagainya kepada pengguna.


Perisa Tiruan


Salah satu peri tiruan yang tidak asing lagi dalam kehidupan seharian kita ialah Monosodium Glutamate (MSG). Perisa tiruan ini ditambah bagi menambah lagi keenakan pada makanan yang dimasak. Namun negitu, ramai diantara kita yang masih tidah tahu risiko kesihatan akibat penggunaan MSG dalam makanan. Pengambilan MSG akan mengakibatkan risiko darah tinggi.



Pemanis Tiruan 


Pemanis tiruan atau dikenali sebagai "natural sweetener" juga menjadi elemen tambahan kepada makanan bagi memberikan rasa manis kepada produk makanan tersebut. Antara pemanis tiruan yang terdapat dipasaran ialah Acesulfame-K , Sac-charine dan Sucralose. Pengambilan pemanis tiruan akan memberi impak negatif ke atas sistem metabolisme para pengguna, malah terdapat juga kemungkinan untuk risiko kanser, halusinasi dan alahan.


Secara konklusinya, kita telah dapat melihat bahawa makanan tiruan yang terdiri daripada perisa, pewarna  dan pemanis membawa kesan yang baik jika digunakan dalam kuantiti yang ditetapkan, namun jika kuantitinya melebihi dos yang sepatutnya, para pengguna akan menerima akibatnya. Bukan itu sahaja, saya ingin menyimpulkan bahawa bahan yang digunakan untuk membuat makanan tiruan ini turut mempengaruhi kesan kepada para pengguna, jika bahan yang digunakan adalah sumber semulajadi, maka kesannya tidaklah sebegitu buruk, tetapi jika bahan sintetik digunakan semata-mata, makanan tiruan ini akan membawa pelbagai impak negatif kepada para pengguna.

Sekian. 


Sumber gambar: Imej Google

Isnin, 8 Julai 2013

Makanan Tiruan I

Sedang kita melihat barangan tiruan dari pelbagai perspektif, timbul di benak fikiran saya mengenai satu dimensi barangan tiruan, iaitu dari segi makanan. Makanan juga boleh didapati dalam dua jenis, makanan tiruan dan makanan bukan tiruan.

Malah, makanan tiruan juga boleh diklasifikasikan kepada dua jenis:

1. Makanan tiruan di mana produk makanan yang asli dicampur dengan pelbagai bahan kimia dan diproses menjadi makanan tiruan. Makanan tiruan jenis ini sangan berbahaya dan tidak elok bagi kesihatan kita. Juga dikenali makanan sintetik.



2. Makanan tiruan yang terdiri daripada perisa atau pewarna tiruan yang ditambah kepada produk makanan untuk memastikan ketahanan makanan tersebut.


Sebagai permulaan, marilah kita melihat makanan tiruan dari kategori yang pertama, iaitu makanan yang bukan asli ataupun sintetik.

Makanan Sintetik

Terdapat beberapa syarikat dari pelbagai negara yang mengeluarkan makanan sintetik secara haram, dan diseludup dan dieksport ke negara lain, bersama-sama dengan produk makanan yang asli.

Antara produk makanan sintetik yang dieksport ataupun dijual ialah, telur, beras, produk seperti ban, roti dan sebagainya.

Telur tiruan 
TELUR TIRUAN
Telur tiruan yang dijual di pasaran. Seperti yang terpampang di gambar  di sebelah ini, telur tiruan, apabila digoreng, kekal keras di bahagian kuning telurnya. Malah, cara pembuatannya juga sangat menjijikkan. Salah satu cara yang digunakan untuk mendapatkan warna kuning telur ialah dengan merendam dan memasaknya dalam air kencing kanak-kanak. Bukan itu sahaja, pelbagai bahan kimia dan asid yang berbahaya digunakan dalam pembuatan telur tiruan.



MADU TIRUAN
Madu juga di tiru dan dijual di pasaran. Ramai di antara kita yang gagal mengenalpasti madu asli dan madu sintetik, menyebabkan kita sering ditipu ketika membeli madu. Madu tiruan mengandungi kandungan gula yang sangat tinggu menyebabkan risiko kesihatan seperti diabetes, disamping madu tersebut tidak dapat disimpan untuk tempoh yang lama kerana akan dikerumuni semut, akibat capuran gula. Perkara ini tidak berlaku kepada madu asli, kerana gula dalam madu tersebut merupakan gula semulajadi.


BERAS TIRUAN
Beras sintetik juga menular di pasaran sejak kebelakangan ini. Beras sintetik ini dibuat menggunakan kentang dan ubi kayu, seterusnya dibentuk menjadi seperti biji beras diikuti dengan bahas kimia industri. Ternyata, beras tiruan ini akan mendatangkan risiko kesihatan yang tinggi, dan berkemungkinan membawa kematian.




DAGING TIRUAN
Daging merupakan satu lagi bahan yang dikeluarkan secara sintetik, tidak kiralah daging ayam atau daging lembu. Pelbagai daging serta baham kimia dicampur bagi menghasilkan daging yang diingini.






Maka, sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat banyak lagi barangan tiruan berupa produk makanan yang di import dan dieksport secara berleluasa di persada dunia. Kita sebagai pengguna seharusnya sentiasa berwaspada dengan barangan yang kita beli. 

Saya sudahi kalam ini dengan ucapan terima kasih dan berharap untuk mencoret mengenai kategori makanan tiruan yang kedua di kalam yang seterusnya.
Sekian.

Sumber: Gambar dari Google.com



Ahad, 7 Julai 2013

Minyak Wangi Tiruan!

            Salam sejahtera kepada para pengunjung blog.... Kali ini, saya bercadang untuk mencoretkan sedikit sebanyak mengenai minyak wangi tiruan. Hal ini demikian kerana, minyak wangi bukan lagi suatu perkara yang asing, tidak kiralah bagi kaum adam ataupun hawa, semuanya menggunakan minyak wangi bagi menampilkan diri dengan lebih elegen dan segak.


       

Sumber: Imej Google
Variasi minyak wangi di pasaran
   Mutakhir ini, terlalu banyak jenama minyak wangi yang terdapat di pasaran, sehingga timbul kekeliruan di antara para pengguna mengenai keaslian minyak wangi tersebut. Perkara ini demikian kerana terdapat beberapa syarikat pengeluar yang menggunakan jenama minyak wangi yang seakan-akan yang asli, tetapi pada hakikatnya, produk itu merupakan minyak wangi tiruan. Malah bau minyak wangi tiruan juga akan berbau seperti yang asli.



Kesan minyak wangi tiruan kepada pengguna:

Sumber: Imej Google

Kesan yang paling ketara ialah dari segi kesihatan. Minyak wangi tiruan selalunya tidak melalui ujian makmal yang rapi, malah campurannya juga sangat diragui.  Sehubungan itu, pengguna yang mempunyai kulit yang sangat sensitif berisiko tinggi untuk mengalami alahan dan mungkin juga kecacatan pada kulit. Perkara ini tidak harus dipandang enteng kerana walaupun kecacatan tersebut dianggap hanya berada pada kulit, tetapi kita tidak harus mengetepikan kemungkinan bahawa minyak wangi tiruan mampu memberi kesan kepada organ dalaman kita.


Kenalpasti minyak wangi yang asli:

Terdapat pelbagai langkah yang boleh kita ambil bagi mengenalpasti minyak wangi tiruan ataupun mengelakkan diri kita ditipu dengan minyak wangi tiruan.

Sumber gambar: ImejGoogle.com



1. Periksa bungkusan
Para pengguna mesti memeriksa pembungkus ataupun kotak minyak pewangi bagi memeriksa sebarang cacat cela ataupun tanda-tanda kotak itu dibuka. Perkara ini boleh dipastikan dengan memeriksa sebarang pelekat atau gam tambahan pada kotak tersebut ataupun tanda koyak.





2. Kenali penjual/pengedar
Pastikan anda membeli minyak wangi dengan penjual yang terkemuka ataupun syarikat yang dipercayai. Jikalau boleh, elakkan sebarang penjual minyak wangi yang datang kepada anda sendiri dan menjualnya, kerana dikhuatiri dijual minyak wangi tiruan.



3. Baca label/barkod dengan teliti, kemudian cuba minyak wangi
Langkah ini sangat penting kerana para pengguna dapat mengetahui keaslian produk itu dengan melihat kandungan minyak wangi, tarikh luput, syarikat pengeluar dan pengedar dan juga informasi lain. Selepas itu, cuba minyak wangi tersebut bagi menguji tempoh masa minyak wangi itu dapat bertahan.





4. Peka dengan perubahan pada kulit/sensitif

Kita juga harus sentiasa peka dengan sebarang perubahan pada kulit kita. Sebarang rasa gatal-gatal ataupun wujudnya ruam pada kulit  merupakan tanda-tanda minyak wangi itu tidak sesuai dengan kulit kita, dan juga berkemungkinan besar minyak wangi tersebut merupakan tiruan.



              Secara kesimpulannya, para pengguna harus berwaspada ketika membeli minyak wangi bagi menjamin keaslian produk tersebut. Kita tidak harus berkira ketika berbelanja untuk membeli minyak wangi yang bermutu, tetapi pada masa yang sama, harus beringat-ingat ketika membeli. Oleh itu, saya berharap coretan kali ini dapat memberi informasi yang berguna kepada para pengguna alam maya sekalian.

Sekian.

Selasa, 2 Julai 2013

Perkongsian Info- Ketahui Keaslian Produk Elektronik

      Selamat sejahtera pengunjung blog saya sekalian, kali ini, saya ingin berkongsi sedikit informasi yang telah saya ketahui melalui Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), iaitu dari sumber media massa. 

     Seringkali timbul di benak fikiran kita, adakah barang yang kita beli tulen atau tidak. Sehubungan itu, Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia(SKMM) bersama-sama SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah megeluarkan satu label khas yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih dengan pengaplikasian teknologi nano. Label ini akan mula berkuatkuasa mulai 16 Ogos 2010.




Sumber: Imej Google
Teknologi ini digunapakai untuk mengetahui keaslian peralatan elektronik dan komunikasi. Para pengguna boleh menghantar  nombor siri yang boleh didapati pada label SIRIM melalui pesanan ringkas ke 32300. Pengguna akan mendapat jawapan daripada SIRIM sama ada barang tersebut adalah asli atau palsu. Namun begitu, setiap pesanan ringkas akan dicaj sebanyak RM 0.50.



Tamsilannya, saya berharap kita dapat bersama-sama berkongsi informasi ini bagi tujuan kebaikan dan manfat sejagat.

Sekian.

Dipetik daripada: www.konsumerkini.com