Berikut merupakan petikan akhbar dari akhbar Sinar Harian.
7 Disember 2011
GEORGETOWN - Orang ramai dinasihati berhati-hati dengan produk tiruan menggunakan jenama BSY yang kini dipercayai dijual di kedai ubat seluruh negara.
Pengurus Pemasaran BSY, T J Ho berkata, BSY adalah produk berasaskan kesihatan keluaran tempatan di bawah syarikat Biotech BSY Sdn Bhd yang beribupejabat di Jelapang, Ipoh.
Menurutnya, produk BSY dilancarkan November tahun lalu dengan tujuh produk kesihatan bagi meningkatkan imunisasi berasaskan buah mengkudu dan diproses secara tradisional. Bagaimanapun, hanya dua produk yang ditiru iaitu pati mengkudu untuk kesihatan dan penjagaan rambut.
“Awal tahun ini, kami dapati produk kami ditiru namun terdapat beberapa perbezaan iaitu pada kotak, bungkusan serta warna ubat. Ia juga tidak mempunyai pelekat hologram yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).
“Orang ramai yang ingin membeli produk BSY perlu meneliti terlebih dahulu pelekat hologram serta nombor pendaftaran MAL09122045TC. Produk BSY mempunyai kelulusan KKM di bawah Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 Peraturan 8 (8) serta sijil halal,” katanya kepada media semalam.
Selain Pulau Pinang, produk tiruan banyak berada di pasaran Johor Bahru, Melaka dan Kuala Lumpur.
Menurutnya, penjual produk tiruan berhadapan dengan tindakan undang-undang dan boleh didenda tidak lebih RM25,000 atau tiga tahun penjara.
"Saya sudah melaporkan kepada Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan negeri (Farmasi) dan mereka mengambil tindakan terhadap penjual barang tiruan. Namun masih ada yang berdegil dan terus menjualnya,” katanya.
Dipetik dari: Akhbar online Sinar Harian.com.my
Berdasarkan akhbar harian itu, maka jelaslah bahawa produk tiruan seperti produk kosmetik, pil kesihatan dan banyak lagi mapu memberi impak negatif kepada kesihatan kita. Oleh itu, kita haruslah mengikut semua garis panduan yang diberi seperti pengenalpastian hologram produk dan sebagainya sebelum membeli sebarang produk, bagi mengelakkan diri terjerat dengan barangan tiruan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan