Isnin, 8 Julai 2013

Makanan Tiruan I

Sedang kita melihat barangan tiruan dari pelbagai perspektif, timbul di benak fikiran saya mengenai satu dimensi barangan tiruan, iaitu dari segi makanan. Makanan juga boleh didapati dalam dua jenis, makanan tiruan dan makanan bukan tiruan.

Malah, makanan tiruan juga boleh diklasifikasikan kepada dua jenis:

1. Makanan tiruan di mana produk makanan yang asli dicampur dengan pelbagai bahan kimia dan diproses menjadi makanan tiruan. Makanan tiruan jenis ini sangan berbahaya dan tidak elok bagi kesihatan kita. Juga dikenali makanan sintetik.



2. Makanan tiruan yang terdiri daripada perisa atau pewarna tiruan yang ditambah kepada produk makanan untuk memastikan ketahanan makanan tersebut.


Sebagai permulaan, marilah kita melihat makanan tiruan dari kategori yang pertama, iaitu makanan yang bukan asli ataupun sintetik.

Makanan Sintetik

Terdapat beberapa syarikat dari pelbagai negara yang mengeluarkan makanan sintetik secara haram, dan diseludup dan dieksport ke negara lain, bersama-sama dengan produk makanan yang asli.

Antara produk makanan sintetik yang dieksport ataupun dijual ialah, telur, beras, produk seperti ban, roti dan sebagainya.

Telur tiruan 
TELUR TIRUAN
Telur tiruan yang dijual di pasaran. Seperti yang terpampang di gambar  di sebelah ini, telur tiruan, apabila digoreng, kekal keras di bahagian kuning telurnya. Malah, cara pembuatannya juga sangat menjijikkan. Salah satu cara yang digunakan untuk mendapatkan warna kuning telur ialah dengan merendam dan memasaknya dalam air kencing kanak-kanak. Bukan itu sahaja, pelbagai bahan kimia dan asid yang berbahaya digunakan dalam pembuatan telur tiruan.



MADU TIRUAN
Madu juga di tiru dan dijual di pasaran. Ramai di antara kita yang gagal mengenalpasti madu asli dan madu sintetik, menyebabkan kita sering ditipu ketika membeli madu. Madu tiruan mengandungi kandungan gula yang sangat tinggu menyebabkan risiko kesihatan seperti diabetes, disamping madu tersebut tidak dapat disimpan untuk tempoh yang lama kerana akan dikerumuni semut, akibat capuran gula. Perkara ini tidak berlaku kepada madu asli, kerana gula dalam madu tersebut merupakan gula semulajadi.


BERAS TIRUAN
Beras sintetik juga menular di pasaran sejak kebelakangan ini. Beras sintetik ini dibuat menggunakan kentang dan ubi kayu, seterusnya dibentuk menjadi seperti biji beras diikuti dengan bahas kimia industri. Ternyata, beras tiruan ini akan mendatangkan risiko kesihatan yang tinggi, dan berkemungkinan membawa kematian.




DAGING TIRUAN
Daging merupakan satu lagi bahan yang dikeluarkan secara sintetik, tidak kiralah daging ayam atau daging lembu. Pelbagai daging serta baham kimia dicampur bagi menghasilkan daging yang diingini.






Maka, sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat banyak lagi barangan tiruan berupa produk makanan yang di import dan dieksport secara berleluasa di persada dunia. Kita sebagai pengguna seharusnya sentiasa berwaspada dengan barangan yang kita beli. 

Saya sudahi kalam ini dengan ucapan terima kasih dan berharap untuk mencoret mengenai kategori makanan tiruan yang kedua di kalam yang seterusnya.
Sekian.

Sumber: Gambar dari Google.com



4 ulasan:

  1. seringkali pengguna tertipu apabila membeli madu DAN SEBAGAINYA.... dijual dengan kata2 palsu mengatakan ia adalah asli, dari ladang, tetapi hakikatnya semuanya tipu..

    BalasPadam
  2. betul, apa yg dikatakan pengguna diatas, saya ade tips lg satu, bila dah terbeli madu, nk check asli atau tiruan, madu asli takkan ade semut, tp kalau tiruan, akan ade semut, sebab komposisi gulanya tidak sama. tq

    BalasPadam
  3. terima kasih kepada para pengunjung blog. Betul apa yang dikatakan saudara/saudari. Kita sebagai penguna harus lebih berhati-hati ketika membeli sesuatu produk atau barangan.

    BalasPadam
  4. Terima kasih diatas tips tambahan yang diberi. Saya berharap cadangan itu akan bermanfaat kepada orang lain.

    BalasPadam