Jumaat, 14 Jun 2013

Artikel akhbar I - MStar

KPDNKK Rampas 126 Unit Telefon Bimbit Tiruan, Tahan Tujuh Orang Di Alor Setar
ALOR SETAR: Bahagian Penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah merampas 126 unit telefon bimbit tiruan pelbagai jenama bernilai kira-kira RM65,000 dalam satu operasi di sini malam Khamis.
Ketua Seksyen Penguatkuasa KPDNKK Kedah Ahmad Shukri Ash'ari berkata pihaknya turut menahan tujuh orang yang berusia antara 20 dan 25 tahun termasuk seorang wanita, dalam operasi kira-kira pukul 7 malam di kawasan letak kereta Jalan Tunku Ibrahim itu.
"Siasatan awal mendapati sindiket yang beribu pejabat di Kuala Lumpur itu mempromosikan jualan bagi tempoh masa yang singkat dan sentiasa beralih lokasi," katanya kepada pemberita, di sini, Jumaat.
Beliau berkata sindiket itu menggunakan modus operandi dengan menjual telefon bimbit termasuk Blackberry dan iPhone kepada pelanggan dengan harga yang murah menerusi potongan harga yang besar.
"Mereka memberitahu pelanggan barangan tersebut adalan tulen dan dijual dengan harga antara RM500 hingga RM1,000, selain potongan harga yang besar untuk menarik orang ramai," katanya.
Beliau seterusnya menasihatkan orang ramai agar berhati-hati membeli telefon bimbit khususnya ketika karnival jualan kerana lazimnya peniaga akan mengambil kesempatan untuk menjual telefon tiruan. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan