AKIBAT TERLALU OBSES AKAN KECANTIKAN
Mutakhir ini, terdapat segelintir masyarakat yang mengejar kecantikan dan keanggunan sehingga tergamak menggunakan jalan alternatif yang mampu memberi impak negatif terhadap hidup mereka. Kaedah tersebut tidak lagi asing dari norma masyarakat kita - produk kosmetik tiruan!
Walaupun didedahkan dan diberi info mengenai kesan sampingan barangan kosmetik, namun terdapat sebilangan kecil yang masih tidak betah dan menggunakan produk kosmetik tanpa was-was.
Buat pengetahuan semua, penggunaan barangan kosmetik tiruan mampu menjadi pembunuh senyap jika digunakan secara berterusan. Perkara ini turut terbukti dengan pernyataan yang dikeluarkan oleh Pakar Perunding Kulit, Dr. Ko Chung Ben, yang menekankan penggunaan campuran kimia yang sangan bertoksik dalam barangan kosmetik tiruan, yang dapat menjejaskan sistem saraf manusia serta melumpuhkan organ dalaman.
Sumber: Imej Google diatas menggunakan penggunaan campuran kimia yang sangat berbahaya dalam minyak wangi.
Selain itu, pengguna barangan kosmetik tiruan juga dapat memberi kesan yang sangat buruk terhadap sel otak pengguna, dan seterusnya membawa ke tahap yang lebih serius seperti penyakit Alzheimer dalam jangka masa yang panjang. Tambahan pula, terdapat banyak kes yang turut dilaporkan berkaitan kes penyakit berikutan penggunaan barangan tiruan, menyebabkan para pengguna harus lebih berwaspada.
Dari perspektif yang lain, penggunaan kosmetik tiruan bukan hanya membahayakan kesihatan, tetapi turut mengakibatkan kerugian wang yang besar. Walaupun pengguna beranggapan bahawa barangan ini boleh dibeli dengan harga yang sangat murah, tetapi apabila ditimpa malapetaka, bayangkanlah betapa banyak wang ringgit yang harus kita belanjakan untuk merawat kita. Bukankah ini suatu pembaziran yang sangat besar?
Oleh itu, saya berharap perkongsian kali ini mampu membuka mata para pengguna yang masih belum sedar akan bahaya barangan kosmetik tiruan.
Gambar-gambar yang berkaitan dengan kesan penggunaan barangan kosmetik tiruan:
Sumber: GoogleImages
![]() |
| Penyakit Alzheimer |
![]() |
| Wajah yang berubah menjadi buruk |
| Gadis yang muda kelihatan tua pada usia 25 tahun |




Artikel yg sgt menarik... ulasan yg sangat 'detailed'... :)) thnx 4 sharing~~
BalasPadamkesian, walaupun tau kosmetik tiruan sgt berbahaya, namun, masih ade yg x sedar dan menjauhinya...... dan akhirnya menerima padah, muka jadi hodoh, bazir duit...hmm....
BalasPadam#thnx 4 sharing this infos...
ya, betul kata saudara/saudari.... mungkin mereka tidak diberi info yang secukupnya mengenai kesan negatif daripada kosmetik tiruan. terima kasih atas komen anda.
BalasPadam