Sabtu, 4 Mei 2013

Mencari Solusi...

Bagaimanakah caranya??

Terdapat beberapa langkah yang telah dipraktikkan oleh pihak berkuasa dalam usaha membanteras pengedaran dan penggunaan barangan tiruan.

Oleh itu, saya ingin berkongsi sebuah artikel dari Bernama mengenai isu ini:

Membanteras Barangan Tiruan Dalam Pasaran Tempatan


Oleh Kurniawati Kamarudin

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Memiliki barangan berjenama menjadi citarasa kebanyakan orang yang mengutamakan lambang prestij.

Antara barangan yang menjadi idaman ialah pakaian, beg tangan, kasut, jam tangan, cermin mata hinggalah kepada perisian komputer.

Namun tidak semua yang mampu memilikinya kerana harga yang mahal.                            

Untuk memenuhi tuntutan itu mereka sanggup membeli barangan tiruan yang hampir serupa dengan jenama asli.

Walaupun penguatkuasaan sering dilakukan, namun untuk membanteras kegiatan tersebut mestilah bermula daripada pengguna sendiri.

"Jika tidak ada permintaan, tidak akan ada sindiket-sindiket tersebut untuk terus beroperasi," kata Timbalan Ketua Pengarah Operasi Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP) Iskandar Halim Sulaiman.



Dipetik dari: Portal Rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Contoh: Beg tangan tiruan yang kelihatan sama seperti barangan tulen.

Setelah membaca artikel ini, kita haruslah sedar bahawa walau bagaimana ketatnya peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, keputusan haruslah diambil oleh pihak pengguna itu sendiri. Jika pengguna sendiri tidak menggalakkan barangan tiruan, sudah pasti tidak akan ada tempat untuk barangan tiruan di pasaran. 
Oleh itu, marilah kita bersama-sama bermuhasabah dan menilai sejauh mana kemampuan kita untuk mengatakan "TIDAK" kepada barangan tiruan.








2 ulasan:

  1. Ramai diantara kita memilih untuk membeli barangan tiruan untuk glamour semata-mata., bukan disebabkan kualiti produk.hmmm...

    BalasPadam
  2. trdapat pengguna yg alpa dan tidak melihat kesan negatif penggunaan barangan tiruan. diharap perkara ini akan bertambah baik pada masa akan datang. tq atas perkongsian ilmu ini.

    BalasPadam